Search This Blog

Saturday, September 5, 2015

'Sedia beri kelonggaran untuk pulang'

Hutan Melintang : Kerajaan sedia memberikan pengampunan dan kelonggaran kepada semua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih ada di negara ini untuk pulang ke negara masing-masing melalui saluran sah dan sudah ditetapkan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PATI yang berhasrat untuk bekerja semula di negara ini juga boleh memohon mengikut kaedah yang sudah ditetapkan dan dokumen akan dikeluarkan mengikut syarat yang ditetapkan.
Menurutnya, kerajaan memberi amaran dan tindakan keras kepada tekong bot, ejen atau majikan yang mahu menakutkan PATI untuk pulang ke negara asal akan berdepan tindakan tegas.
"Mereka yang memangsakan PATI ini akan dikenakan tindakan undang-undang yang berat melalui Akta Antipemerdagangan Orang.
"Jangan fikir tentang wang ringgit tetapi fikir tentang nyawa manusia..jangan fikir wang ringgit boleh beli nyawa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Operasi Menyelamat (SAR) tragedi bot karam di Hentian Feri Ladang Sungai Bernam di sini.
Ahmad Zahid turut meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat dan mendengar penerangan daripada pasukan keselamatan operasi mencari dan menyelamat bagi mangsa bot karam.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 1:18 PM

FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli

No comments:

Post a Comment