RABU, 23 SEPTEMBER 2015 @ 8:45 PM
RAMLI melihat kesan selepas kebakaran di halaman rumahnya di Kampung Patek, Kadok. - Foto Faris Zainuldin |
KOTA BHARU: Seorang bekas imam terpaksa membatalkan hasratnya untuk melakukan ibadat korban, esok apabila rumahnya terbakar dalam kejadian di Kampung Patek, Kadok, dekat sini, semalam.
Kebakaran yang berlaku jam 9.15 pagi itu memusnahkan kediaman Ramli Muhammad, 71 dan rumah adiknya, Adilah Said, 58, yang terletak bersebelahan.
Ketika kejadian itu, Ramli sedang membaca al-Quran, manakala isterinya, Siti Rogayah Abdullah, 61, mengemas rumah sebagai persediaan menyambut Aidiladha.
Katanya, dia bercadang mahu melakukan ibadat korban tahun ini, namun terpaksa membatalkan hasrat selepas ditimpa bencana berkenaan dan mereka kini menumpang sementara di Dewan Orang Ramai, yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.
BAHAROM (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Ramli di Kampung Patek, Kadok. - Foto Faris Zainuldin |
"Saya ingat nak korban kambing sikit, tapi nampaknya terpaksa batalkan hasrat. Namun, saya bersyukur semua ahli keluarga selamat," katanya yang mendiami rumah itu bersama isteri dan tiga daripada 11 anaknya.
Beliau ditemui ketika menerima kunjungan Naib Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Baharom Abdul Wahab dan ahli POKB, yang turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 bagi meringankan bebannya.
No comments:
Post a Comment