Search This Blog

Monday, September 28, 2015

Rahsia dalam beg

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

izlaily@hmetro.com.my


Johor Bahru: Kecurigaan seorang pemilik bengkel kenderaan terhadap bau busuk membongkar pembunuhan seorang lelaki warga Vietnam yang mayatnya ditemui dalam beg besar di bilik sewanya di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di Taman Johor Jaya, kelmarin


Mayat seorang lelaki lberusia 20-an yang masih belum dikenal pasti identiti itu ditemui dengan kesan kelar di badan di dalam bilik sewa berkenaan, jam 2.10 petang dipercayai dibunuh.

Menurut saksi dikenali Max, 31, dia berasa tidak selesa dengan bau busuk dari tingkat atas rumah kedai berkenaan dan memberitahu pemiliknya berusia 40-an supaya menyiasat punca bau itu.

Katanya, sebaik pemilik yang juga majikan kepada si mati membuka bilik sewa itu, dia mendapati bau busuk datang dari sebuah beg, namun tidak berani membukanya.

“Pemilik bilik sewa itu memberanikan diri membuka bagasi itu dan terkejut apabila melihat mayat pekerjanya di dalamnya sebelum memaklumkan penemuan itu kepada polis,” katanya.

Max berkata, mangsa menyewa di bilik berkenaan sejak tiga bulan lalu dan kali terakhir melihatnya pada Selasa lalu ketika menaiki sebuah kereta.

Katanya, sebelum ini, dia juga pernah melihat mangsa bergaduh dengan tiga lelaki senegaranya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan awal mendapati, mayat mangsa mempunyai kesan kelar pada bahagian badannya menggunakan senjata tajam.

“Kita percaya mangsa sudah meninggal dunia kira-kira tiga hingga empat hari yang lalu,” katanya.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui talian hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Polis Seri Alam di talian 07-3864222.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:09 AM

MAYAT lelaki Vietnam ditemui dalam beg (bulatan merah).
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80620#sthash.ybAZDC6J.dpuf

No comments:

Post a Comment