Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Putih mata

Kota Kinabalu : Seorang ahli perniagaan tergamam apabila wang tunai RM50,000 yang diletakkan di dalam papan pemuka kenderaannya ‘lesap’ dilarikan penjenayah.
Dalam kejadian jam 2.15 petang kelmarin, mangsa berusia 47 tahun meletakkan wang itu di dalam pacuan empat roda Toyota Hilux di kawasan meletak kenderaan berhampiran bangunan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini.
Mangsa yang selesai melakukan urusan di bank terkejut mendapati cermin pintu hadapan kenderaannya dipecahkan penjenayah.
Mangsa panik apabila wang tunai RM50,000 yang disimpan di dalam kenderaan hilang.
Difahamkan mangsa sebelum itu mengeluarkan wang berkenaan dari bank di Kampung Air, di sini, bagi urusan perniagaannya.
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Mohd Azhar Hamin berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
“Polis berusaha mengesan suspek termasuk melalui penelitian kamera litar tertutup di premis berhampiran,” katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:11 AM


CERMIN kenderaan yang dipecahkan pencuri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75590#sthash.Yq9WvdW2.dpuf

No comments:

Post a Comment