Search This Blog

Thursday, September 24, 2015

Pos curian ke Colombia


Shah Alam: Dua ahli kumpulan pecah rumah warga Amerika Latin dicekup polis ketika bersembunyi di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, pada 10 September lalu.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas diekori polis sejak beberapa minggu lalu berdasarkan maklumat diperoleh.


Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai dicuri dan peralatan pecah rumah.

“Hasil siasatan mendapati, suspek melakukan jenayah pecah rumah dengan taktik mengumpil pintu belakang rumah mangsa selain memotong pintu jeriji kediaman,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. di sini, semalam.

Shafien berkata, kumpulan itu dikesan turut melakukan kegiatan jenayah di beberapa daerah lain, namun hanya tiga kes berlaku di Shah Alam sehingga kini.

Katanya, suspek turut disyaki mengirim barang yang dicuri ke Colombia melalui syarikat kurier tempatan selepas pihak berkuasa menemui beberapa salinan slip kiriman pos.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar dan mereka berada di negara ini sejak Januari lalu.

“Suspek direman sehingga Jumaat ini. Polis masih melakukan siasatan sama ada wujud saki baki kumpulan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 6:10 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79848#sthash.OBnFexmS.dpuf

No comments:

Post a Comment