Search This Blog

Monday, September 28, 2015

Pengusaha pasar mini didenda RM13,000, miliki rokok tanpa duti


SEREMBAN: Seorang pengusaha pasar mini di Senawang, di sini, didenda RM13,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi, selepas mengaku bersalah memiliki rokok putih dan kretek tanpa duti kastam.
Jahubar Ali Ibrahim, 50, yang boleh dihukum penjara 13 bulan jika gagal membayar denda itu, didakwa mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang larangan dan menjual rokok putih serta kretek tanpa duti import.
Tertuduh didakwa memiliki 7,940 batang rokok putih pelbagai jenama dan 468 rokok kretek pelbagai jenama di Pasar Mini Habib Nur di Taman Anggerik, Senawang, pada jam 10.30 pagi, 15 Ogos lalu.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Negeri Sembilan, Zalliza Arip, di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak, manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

No comments:

Post a Comment