Search This Blog

Monday, September 28, 2015

Penginapan jemaah haji Indonesia terbakar


Penginapan jemaah haji Indonesia terbakar

28 SEPTEMBER 2015
Penginapan jemaah haji Indonesia terbakar Jentera bomba dikerah ke tempat penginapan jemaah haji Indonesia di Hotel Gawhara Taljawar di wilayah Raudhah.

MAKKAH - ARAB SAUDI. Sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan jemaah haji Indonesia di Raudhah terbakar, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.14 petang (waktu tempatan), namun tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan.

Susulan kejadian itu, lapan unit jentera bomba dan 10 ambulans dikerah ke Hotel Gawhara Taljawar.

Difahamkan, penempatan 502 itu menempatkan kumpulan jemaah haji dari Jakarta-Bekasi (JKS).

"Kami mendengar penggera asap berbunyi. Pada mulanya, kami menyangka ia disebabkan asap rokok.

"Ternyata, asap kelihatan semakin tebal. Memang ada jemaah haji yang panik namun keadaan dapat dikawal," kata ketua rombongan JKS 39, Suhendi.

Katanya lagi, kebakaran dipadam sepenuhnya 10 minit kemudian dan punca kejadian masih disiasat.

Pada 19 September lalu, penempatan 403 jemaah haji Indonesia di tingkat lapan Hotel Sakkab al-Barakah di wilayah Aziziah terbakar gara-gara tindakan jemaah membiarkan periuk nasi bernyala ketika penghuninya menunaikan ibadat umrah, lapor Detiknews.

No comments:

Post a Comment