Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Pembonceng maut, penunggang cedera


WARTAWAN SINAR HARIAN
Pembonceng maut, penunggang cedera

6 SEPTEMBER 2015
Pembonceng maut, penunggang cedera Mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan yang melibatkan motosikal dan lori semalam.

IPOH - Seorang pembonceng lelaki maut manakala penunggang motosikal wanita cedera parah selepas kenderaan yang mereka naiki dirempuh lori dalam kemalangan yang berlaku di simpang empat lampu isyarat Jalan Dato Yu Neh Huat / Jalan Samudera Raya, Seri Manjung, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata, dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, mangsa berusia 26 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu yang membawa lori muatan ais dalam perjalanan dari Desa Manjung Raya menuju ke arah Jalan Samudera Raya sebelum kemalangan itu berlaku.

“Ketika tiba di simpang empat lampu isyarat, pemandu lori berusia 49 tahun itu bergerak keluar dari simpang dan pada masa sama motosikal Yamaha Ego yang dinaiki kedua-dua mangsa dari Seri Manjung menuju ke Lumut secara tiba-tiba turut keluar dari simpang yang sama.

“Siasatan turut mendapati penunggang motosikal itu dipercayai tidak mematuhi lampu isyarat yang merah pada ketika itu.

“Keadaan itu mengakibatkan motosikal tersebut dirempuh di bahagian sisi lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, semalam.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan lori mengalami kerosakan di bahagian bumper dan cermin besar manakala motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa turut rosak.

Menurutnya, mayat mangsa di bawa ke  Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat dan mangsa yang cedera parah turut dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.

“Berikutan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 dan penjara tidak lebih 20 tahun,” katanya.

No comments:

Post a Comment