Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Pelumba basikal pelapis negara kritikal nahas ketika sesi latihan

NUR Rozi terbabit dalam kemalangan dengan van pengiring pasukan di Lebuhraya SILK, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca BH
KAJANG: Pelumba basikal pelapis kebangsaan, Nur Roziyanti Md Radhi dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbabit kemalangan ketika sesi latihan, hari ini.
Dipercayai, kemalangan itu terjadi selepas pelumba kelahiran Selangor berusia 17 tahun itu dilanggar van pengiring pasukan.
Rozi ketika ini sedang menjalani di Unit Rawatan Rapi Hospital Kajang dan mengharapkan bantuan pernafasan.
Keluarga Roziyanti dipercayai sudah tiba di hospital.
VAN pengiring pasukan di tempat kemalangan. - Foto ihsan pembaca BH

No comments:

Post a Comment