Search This Blog

Monday, September 21, 2015

Pelancong Maut Terjatuh Ketika Cuba Selfie Di Taj Mahal


Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 5:56 PM

SEORANG pelancong warga Jepun yang cuba mengambil gambar selfie di Taj Mahal meninggal dunia selepas terjatuh di tangga dan terkena serangan jantung.
Portal Mail Online melaporkan Hideto Uedo yang berusia 66 tahun itu dipercayai sedang mengambil gambar di Royal Gate ketika kejadian berlaku.
"Dia dikejarkan ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan," kata Sushant Gaur kepadaAFP.
"Satu bedah siasat dijalankan dan punca kematian adalah serangan jantung. Kita telah memaklumkan kedutaan Jepun mengenai insiden malang itu."
Uedo ditemani tiga yang lain serta seorang pemandu pelancong warga tempatan ketika dia terjatuh selepas memanjat tangga di makam yang diperbuat daripada marmar putih itu, kata seorang pegawai yang mengendalikan pelancong di balai polis di Agra.
BBC memetik seorang saksi, Sagar Singh sebagai berkata bahawa pelancong berkenaan terjatuh semasa hendak bergambar selfie di Royal Gate di Taj Mahal.
Taj Mahal yang merupakan tarikan utama pelancong di India dibina oleh Maharaja Mughal, Shah Jahan sebagai makam untuk isteri tercintanya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika bersalin pada 1631.
Makam tersebut menerima kunjungan kira-kira 12,000 pelawat sehari. - Mail Online

No comments:

Post a Comment