Search This Blog

Monday, September 28, 2015

Pelajar politeknik maut kereta terjunam dalam gaung


KUCHING: Seorang pelajar politeknik maut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam 3.04 meter selepas dipercayai terbabas di Batu 11, Jalan Matang dekat sini, malam tadi.
Menurut pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad, mangsa dikenali Afred Nif Anak Bodui berusia 19 tahun.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan pada 10.30 malam tadi dan tiba di tempat kemalangan pada 11.49 malam.
"Sebaik tiba di lokasi kemalangan, pasukan penyelamat mendapati sebuah kereta jenis Kenari terjunam ke dalam gaung sedalam 3.04 meter.
"Mangsa terhempap keretanya sendiri dan berjaya dikeluarkan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kemalangan," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak oleh polis Padawan.
Operasi itu membabitkan sembilan anggota dari Balai Bomba Petra Jaya diketuai Pegawai Bomba Asmadi Mohd Nawie dengan bantuan empat anggota dari Balai Bomba Batu Lintang bersama kenderaan EMRS, pasukan polis dan ambulans.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment