Search This Blog

Wednesday, September 23, 2015

Pekerja hotel maut digilis

Oleh Khairul Hamizy Ramlee

am@hmetro.com


Kuala Terengganu: Seorang pekerja hotel maut selepas digilis lori tiga tan dalam kejadian di Kampung Kuala Ibai, di sini, pagi tadi.

Insiden kira-kira jam 10.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas mangsa, Muhammad Saadri Mustafa, 25, dari Kampung Darat Pak Chan, Marang, menunggang Yamaha 125Z dalam perjalanan ke tempat kerjanya di pusat bandar.

Malangnya, dalam perjalanan, motosikal ditunggangnya terlanggar lampu belakang sebelah kiri sebuah Honda City ketika dia hendak memotong kenderaan itu menyebabkan dia terjatuh di bawah lori tiga tan yang berada di sebelah kiri sebelum digilis di bahagian muka.

Akibat kejadian itu mangsa yang parah di bahagian kepala itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 4:54 PM

FOTO Khairul Hamizy Ramlee
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79377#sthash.ZXCV80I9.dpuf

No comments:

Post a Comment