Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Pegawai penguatkuasa maut dirempuh mat rempit


JULIZA MOHD SAAD
Margerat Tagum Goen
Margerat Tagum Goen 
6 SEPTEMBER 2015

KLUANG - Seorang Pegawai Penguatkuasa cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang yang dilapor cedera parah sebelum ini, meninggal dunia jam 12.45 tengah hari tadi.

Ketika kejadian pada jam 2.40 pagi tadi, mangsa, Inspektor Margerat Tagum Goen,32, bersama 20 anggota trafik dan sukarelawan polis sedang menjalankan sekatan jalan raya menerusi 'Ops Roda/Rempit' di KM 58 Jalan Batu Pahat - Mersing bagi membanteras jenayah mat rempit di kawasan tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, seorang daripada sekumpulan mat rempit yang datang dari arah Mersing menuju bandar Kluang telah merempuh pegawai tersebut ketika mereka cuba meloloskan diri dari sekatan itu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Cedera parah dirempuh mat rempit ketika bertugas ]

Beliau berkata, rempuhan itu menyebabkan anggota polis itu patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari tadi di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Rusli yang diiringi Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata demikian kepada pemberita selepas melawat jenazah mendiang di hospital berkenaan.

Rusli berkata, penunggang terbabit yang berumur 17 tahun dapat ditahan selepas dia terjatuh dari motosikalnya manakala enam rakan remaja tersebut yang melarikan diri turut ditahan kemudiannya.

"Kesemua mereka termasuk remaja berkenaan yang berumur antara 14 hingga 20 tahun didapati tidak mempunyai lesen dan dipercayai sedang berlumba ketika kejadian.

"Ujian air kencing menunjukkan kesemua mereka didapati negatif terhadap dadah dan kesemua yang direman selama empat hari itu sedang dipertimbang untuk disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian," katanya.

No comments:

Post a Comment