Search This Blog

Monday, September 28, 2015

Operasi cari 7 murid Orang Asli diteruskan: TPM


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kiri) disambut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (dua kiri) dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa untuk lawatan ke Pos Tohoi bagi meninjau secara dekat perkembangan operasi mencari tujuh murid Orang Asli yang hilang. - Foto Zaman Huri Isa
GUA MUSANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat tujuh murid Orang Asli yang hilang di sini, sejak lebih sebulan lalu akan tetap diteruskan.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengesan mereka terbabit.
Katanya, bagi memperkuatkan operasi pasukan mencari, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah satu lagi platun anggota Senoi Prak dari Pasukan Gerakan Am (PGA)
"Kita juga akan memperluaskan kawasan pencarian ke pekan dan bandar kecil di kawasan sekitar.
"Setakat ini saya dapati kawasan pencarian sudah diperluaskan daripada 80 kilometer persegi kepada 140 kilometer persegi," katanya pada program lawatan ke Pos Tohoi bagi meninjau secara dekat perkembangan operasi mencari tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu, di sini sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment