Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Kanak-kanak 11 tahun jadi hero


Kanak-kanak itu menunjukkan pintu yang digunakannya untuk melarikan diri bagi meminta bantuan penduduk kampung selepas rumahnya dimasuki perompak di Kampung Budiman, Meru pada Khamis lalu.



KAPAR – Kelicikan tiga penjenayah yang cuba merompak sebuah rumah di Kampung Budiman, Meru di sini pada Khamis lalu berjaya digagalkan dengan tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun.
Dalam kejadian tersebut, rumah yang didiami oleh keluarga Nor Azli Mazlan, 44, dan isterinya, Tuminah Salaton, 42, bersama lima anaknya dimasuki tiga perompak bersenjatakan parang di Kampung Budiman, Meru di sini pada pukul 3 pagi.
Bagaimanapun, keluarga itu terselamat malah dua daripada tiga perompak terbabit berjaya ditangkap oleh penduduk kampung hasil keberanian seorang anaknya yang keluar meminta bantuan daripada mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3kuDFCvNm 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment