Search This Blog

Wednesday, September 23, 2015

Nyaris maut dirodok besi

Oleh Arifin Salleh

am@hmetro.com.my


Alor Gajah: Penuntut universiti luar negara, Firdaus Salleh, 22, terselamat selepas terbabit kemalangan menyebabkan kereta dipandu ditembusi besi penghadang jalan di Kilometer 213 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, kira-kira 1.30 petang semalam.

Difahamkan, Firdaus dari Seri Kembangan, Selangor, memandu sendirian dalam perjalanan pulang ke Kampung Pondok Kempas, Selandar, Jasin.

Firdaus dipercayai hilang kawalan selepas cuba mengelak satu objek di lorong kiri sebelum terbabas dan merempuh bahagian bucu penghadang kiri jalan di lebuh raya terbabit.

Dia bagaimanapun terselamat daripada dirodok besi penghadang jalan selepas sempat mengelak badan ke kanan serta tunduk sepanjang keretanya ditembusi kira-kira 10 meter penghadang itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 2:41 PM


KEADAAN kereta selepas terbabit kemalangan. FOTO Arifin Salleh.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79364#sthash.OBPhk9XG.dpuf

No comments:

Post a Comment