Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Maut terkena renjatan elektrik

Lahad Datu: Seorang lelaki ditemui mati akibat terkena renjatan elektrik di tepi pantai berhampiran perkampungan atas air di Kampung Bakau, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 1.30 petang , mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dan dianggarkan berusia 30-an itu, ditemui terbaring oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmud berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan mencari besi buruk dan tin kosong di kawasan berkenaan selepas air laut mula surut.
"Bagaimanapun, mangsa tidak menyedari satu wayar elektrik yang disambung secara haram ke perkampungan atas air berada di kawasan berkenaan sebelum terkena pada badan mangsa.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besar Lahad Datu untuk di bedah siasat, katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 6:18 PM


Mayat mangsa ditemui oleh orang ramai. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75442#sthash.SykrfUmn.dpuf

No comments:

Post a Comment