Search This Blog

Monday, September 21, 2015

Maut dihempap bas


NORAFIZA JAAFAR
21 SEPTEMBER 2015Maut dihempap bas
Maut dihempap bas Kira-kira setengah jam diambil untuk mengeluarkan mangsa yang maut akibat tersepit di bahagian penumpang.

RAWANG - Seorang maut manakala kesemua penumpang bas ekspres yang dalam perjalanan ke utara terselamat dalam kemalangan di Kilometer 445.5 Lebuhraya Utara Selatan melibatkan dua buah kereta dan sebuah bas jam 3.35 pagi semalam.

Mangsa, Tan Lai Peng, 35, yang menaiki kereta jenis Saga dan duduk di bahagian depan penumpang maut akibat cedera parah di bahagian kepala sementara rakannya, Sam Wai Chong, 23, yang memandu kenderaan itu terselamat.

Sumber berkata, kenderaan dipandu Wai Chong hilang kawalan telah melanggar sebuah kereta Proton Wira sebelum terbabas ke lorong kiri dan dirempuh bas.

“Pemandu bas gagal mengelak lalu melanggar kereta mangsa dan mengheretnya ke lorong kanan sebelum terbalik dan menghempap kereta berkenaan.

“Tujuh penumpang bas mengalami cedera ringan telah di hantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. Sementara 23 penumpang termasuk pemandu bas tidak cedera,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba Rawang, Khairul Azhar Ali Mul Hakim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.39 pagi dan satu jentera bersama lapan anggota terlibat dalam operasi berkenaan.

“Mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Masa setengah jam diambil mengeluarkan mangsa yang maut akibat tersepit sementara kesemua penumpang bas telah dikeluarkan ketika anggota bomba tiba,” katanya.

Katanya, dua lorong kanan terhalang semasa operasi menyelamat sementara dua lorong lagi dibuka seperti biasa.

No comments:

Post a Comment