Bukit Mertajam: Seorang pelajar lelaki maut digilis lori dalam kemalangan di Jalan Mengkuang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa, Tan Wei Chuan, 13, membonceng motosikal yang ditunggang ibunya.
Menurut sumber, ibu mangsa ketika itu mengambilnya pulang dari sekolah menuju ke rumah mereka di Kulim, Kedah.
"Wanita berusia 34 tahun itu cuba memotong lori berkenaan namun tidak lepas kerana sebuah kereta datang dari arah bertentangan menyebabkan berlaku perlanggaran.
"Wanita itu cedera di lutut manakala anaknya maut di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di kepala," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 6:27 PM
No comments:
Post a Comment