Seorang jurucakap Perkhidmatan Bomba London berkata, sebanyak 10 jentera dan 70 anggota bomba dikerah memadamkan kebakaran itu.
Tingkat satu bangunan masjid itu dipercayai rosak teruk akibat kebakaran itu, katanya.
BBC News melaporkan punca kebakaran masih disiasat.
“Kami berkerja keras untuk memadamkan kebakaran. Memandangkan bangunan masjid itu besar dan silingnya terlalu tinggi, ia mungkin mengambil masa sedikti untuk memadamkan api,” kata Komander Balai Bomba Croydon, Phil Morton.
Seorang lelaki berusia 40a-an telah dihantar ke hospital kerana menghadapi masalah pernafasan akibat terhidu asap tebal, katanya.
Ketua Majlis Merton, Stephen Alambritis menyifatkan masjid itu sebagai mercu tanda penting di kawasan itu.
Menurut laporan, masjid di Jalan London, Morden itu mampu menampung seramai 10,000 jemaah dalam tiga dewan pada satu-satu masa.
Masjid berharga kira-kira £15 juta (RM99 juta) itu siap dibina pada 2003. – AGENSI