Search This Blog

Monday, September 28, 2015

Mahu saman Arab Saudi


Teheran: Iran mahu mengambil tindakan undang-undang antarabangsa terhadap pemimpin Arab Saudi bagi nahas di Mina Khamis lalu yang mengakibatkan 769 maut setakat ini.

Kejadian itu yang meragut nyawa 136 rakyat Iran mempertingkatkan ketegangan antara dua kuasa besar Timur Tengah itu.

Rakyatnya yang masih hilang termasuk bekas duta besar ke Lubnan, dua wartawan dan seorang penganalisis politik manakala bekas duta ke Slovenia antara yang maut.

Peguam Negara Iran Ebrahim Raisi berkata: “Pendakwaan boleh dikemukan bagi kejadian mengikut undang-undang antarabangsa.

“Pihak berkuasa Arab Saudi menyekat laluan digunakan jemaah untuk membolehkan konvoi diraja melalui kawasan itu.

“Ini mengakibatkan jemaah daripada kelompok berbeza bertembung.

“Kami akan membawa kes ini kepada mahkamah serta organisasi antarabangsa untuk mendapatkan keadilan.”

Arab Saudi tegas menafikan dakwaan Iran itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:51 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80706#sthash.rQIr41Jj.dpuf

No comments:

Post a Comment