Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Macam kereta Kevin

Hutan Melintang: Sebuah kereta ditemui terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, di sini, disyaki seakan sama dengan model yang digunakan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais, yang dilaporkan hilang sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, jenis kereta yang ditemui itu belum dapat disahkan modelnya disebabkan keadaannya yang terbakar seratus peratus.
Katanya, kereta berkenaan ditemui di dalam ladang kelapa sawit, 10 pagi semalam, kira-kira tiga kilometer dari jalan besar dan terletak jauh dari kawasan perumahan.
Menurutnya, tiada mangsa yang ditemui di dalam kereta berkenaan dan polis sedang menunggu pakar untuk mengesahkan model kereta berkenaan.
"Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana dan sesekali nampak seperti Honda Accord. Disebabkan itu kita memerlukan pakar untuk mengesahkannya," katanya yang ditemui di Jeti Ladang Sungai Bernam di sini, sebentar tadi.
Difahamkan, kali terakhir Kevin dilihat pada pagi Jumaat lalu ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta sebelum hilang sehingga kini.
Berita kehilangan Kevin juga menjadi ‘viral’ di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya.
Kevin sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ditukarkan ke Jabatan Peguam Negara 15 Julai lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 2:45 PM


FOTO Farah Shuhaidah Othman & Ravale Savarinathan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75615#sthash.WyyrIDrj.dpuf

No comments:

Post a Comment