Search This Blog

Wednesday, September 23, 2015

Lima pelatih pusat serenti 'ghaib'


Oleh Amrullah Abdul Karim
Kuala Kubu Bharu: Lima pelatih pusat serenti Serendah melarikan diri ketika beriadah di Hutan Lipur Sungai Sendat, Hulu Yam petang semalam.

Kejadian disedari 3.15 petang ketika aktiviti riadah itu berakhir.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, seramai 37 pelatih dengan pengawasan enam polis bantuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dibawa beriadah ke kawasan itu 11.15 pagi semalam.

"Pelatih tiba 12 tengah hari dan meneruskan aktiviti bermandi manda.

"Pada 3.15 petang sebelum balik nama pelatih dipanggil dan mendapati lima pelatih tiada," katanya.

Menurutnya, usaha mencari dilakukan di sekitar kawasan itu tetapi tidak menjumpai mereka dan percaya lima pelatih itu melarikan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 6:45 PM

FOTO Ihsan Polis
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79409#sthash.OUyUBjC5.dpuf

No comments:

Post a Comment