Search This Blog

Monday, September 21, 2015

Lelaki maut kereta terbabas di Sitiawan


21 SEPTEMBER 2015

IPOH - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah kereta lain sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit di Kampung Acheh dekat Sitiawan di sini, hari ini.
   
Dalam kejadian pada 1.50 pagi itu, Mohammad Azree Ramzi, 21, tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lelaki berusia 24 tahun yang memandu kereta Proton Savvy tidak mengalami kecederaan.
   
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata,‎ mangsa yang dalam perjalanan dari arah Seri Iskandar menuju ke Segari itu dipercayai memandu dalam keadaan laju sehingga gagal mengawal kenderaannya dan merempuh sebuah kereta.
   
"Akibat pelanggaran itu, Proton Iswara milik Mohammad Azree terbabas ke laluan kanan dan terjunam ke dalam parit di tepi jalan," katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Katanya, mayat dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat. - Bernama

No comments:

Post a Comment