Search This Blog

Monday, September 28, 2015

Jumlah kematian akibat rempuhan di Mina meningkat kepada 769




ANTARA mangsa rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis lalu. - foto Reuters
DUBAI: Angka kematian akibat rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis lalu meningkat kepada 769 orang berbanding 717 dilaporkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khalid Al Falih, semalam.
Agensi berita Reuters melaporkan Khalid dalam sidang medianya berkata, jumlah kecederaan disebabkan tragedi terbabit juga meningkat kepada 934 orang.
"Statistik terbaharu mendedahkan jumlah kematian seramai 769. Ia bertambah sebanyak 52 berbanding jumlah kematian dicatatkan sebelum ini.
"Jumlah berkenaan adalah jemaah haji yang meninggal dunia di beberapa hospital di Makkah selepas dirawat akibat cedera dalam rempuhan itu," katanya.
Sementara itu, agensi berita Fars melaporkan kira-kira 300 warga Iran termasuk bekas duta negara itu ke Lubnan, Ghazanfar Roknabadi masih gagal dikesan selepas insiden berkenaan.

No comments:

Post a Comment