Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Jeritan dalam wad

Baling: Tiga pekerja yang sedang melakukan persiapan untuk memasak bertempiaran menyelamatkan diri apabila bangunan kantin di Hospital Baling, di sini, terbakar dalam kejadian, pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 4 pagi dipercayai berpunca akibat kebocoran gas memasak menyebabkan premis berusia hampir 20 tahun itu mengalami kerosakan 80 peratus membabitkan kerugian lebih RM300,000.
Pengawal keselamatan, Zawiyah Saidin, 30, yang juga saksi kejadian berkata, ketika kejadian, dia berada di pondok pengawal sedang bertugas sebelum terdengar bunyi bising disebabkan jeritan pesakit di wad berhampiran kantin mengatakan ternampak api.
“Saya dan rakan pengawal lain berlari ke kantin untuk mengetahui apa yang berlaku sebelum melihat api sedang marak menyebabkan kami terpaksa menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan,” katanya.
Difahamkan, pekerja kantin terbabit turut cuba memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam, namun api terlalu marak menyebabkan mereka terpaksa keluar sebelum meminta bantuan pihak bomba.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Nor Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.26 pagi sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Anggota bomba mengambil masa 15 minit mengawal kebakaran sebelum api dipadamkan sepenuhnya. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:11 AM


KEADAAN kantin yang terbakar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75588#sthash.9SoCtC3C.dpuf

No comments:

Post a Comment