Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Isteri maut, suami parah kereta bertembung lori

SABTU, 5 SEPTEMBER 2015 @ 10:13 PM


YAN: Seorang surirumah maut manakala suaminya cedera parah selepas kereta mereka terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian tayar belakang sebuah lori di Jalan Alor Setar-Sungai Petani dekat sini kira-kira 4.10 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim, berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Norsaidatul Amalina Mat Sapar, tersepit di kerusi penumpang hadapan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Suaminya Yusmadi Yusup, 38, yang memandu kereta itu, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar," katanya.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment