Search This Blog

Monday, September 21, 2015

Hentian R&R Awan Besar terbakar



ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di R&R Awan Besar semalam.


KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh buah kedai di hentian Rehat & Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Shah Alam, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) di sini musnah dalam satu kebakaran semalam.
Dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, semua pemilik kedai dan pelanggan yang berada di sekitar kawasan R&R tersebut terkejut selepas mendengar satu letupan kuat sebelum melihat api marak secara tiba-tiba dari bahagian tengah sebuah kedai.
Ribuan pengguna lebuh raya berkenaan turut gempar dengan kebakaran tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga kira-kira empat kilometer.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.
Penolong Penguasa Bomba Kuala Lumpur, Mohd. Nurul Adha Abdul Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.35 petang dan sampai di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3mMcYsX1U 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment