Search This Blog

Thursday, September 24, 2015

Gerak curiga samun siang

Oleh Amrullah Abdul Karim

hmetroshahalam@hmetro.com.my
Kuala Kubu Bharu: Tiga pencuri tidak sempat menikmati hasil kegiatan selepas dikejar polis sejauh 20 kilometer sehingga ke pekan Hulu Yam Bharu di sini.


Dalam kejadian jam 4.50 petang kelmarin, tiga suspek lelaki berusia antara 31 dan 36 tahun ditahan anggota polis yang menerima maklumat berhubung kes pecah masuk sebuah rumah di Jalan Meranti 5, Bandar Utama Batang Kali di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, kegiatan mencurigakan suspek disedari jiran mangsa sebelum menghubungi polis.

Polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum terserempak kereta dinaiki suspek di kawasan itu.

Anggota polis mengejar suspek sebelum kereta penjenayah terbabas dan merempuh kereta Proton Saga di pekan Hulu Yam Bharu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati dua suspek yang ditangkap mempunyai rekod jenayah lampau manakala seorang lagi penagih dadah.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui lapan telefon bimbit pelbagai jenama, sembilan utas jam tangan, dua komputer riba, 14 alat yang diubah suai untuk tujuan pecah rumah, empat beg dan wang tunai RM1,160.

“Semua barang rampasan itu dipercayai ada kaitan dengan dua kes pecah rumah yang berlaku kelmarin di kawasan Batang Kali. Polis percaya dapat menyelesaikan kes pecah rumah yang dilaporkan di kawasan Hulu Selangor dan Rawang sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, suspek mendapat perintah tahanan reman tujuh hari daripada Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 6:11 AM

KERETA dinaiki tiga penyamun berlanggar dengan kereta pengguna jalan raya lain.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79852#sthash.rk6zlbYA.dpuf

No comments:

Post a Comment