Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Dua maut, tiga parah selepas dua kenderaan bertembung



KEADAAN kereta Honda City yang remuk teruk selepas bertembung dengan kereta Proton Pesona dalam kemalangan di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai.


GUA MUSANG – Dua maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Rantau Manis di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7.05 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia ialah penumpang depan kereta Proton Persona iaitu Siti Syuhada Abdul Aziz, 24, dan penumpang depan Honda City, Nor Hazimah Azman, 19, ekoran cedera parah pada kepala dan anggota badan.
Mangsa yang cedera parah pula ialah pemandu kereta Honda City, Mohamad Hizwan Rusli, 24, dan penumpangnya, Halimah Yacob, 58, serta pemandu kereta Proton Persona, Muhammad Alif Abdul Aziz, 19.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3kuDXpp3N 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment