Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Dua maut, tiga cedera babitkan dua kereta


WARTAWAN SINAR HARIAN
Dua maut, tiga cedera babitkan dua kereta

6 SEPTEMBER 2015
Dua maut, tiga cedera babitkan dua kereta Orang ramai membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kereta Proton Persona yang dinaiki dua beradik.


GUA MUSANG - Dua wanita maut dan dua parah manakala seorang lagi cedera ringan dalam kejadian kemalangan membabitkan dua kereta bertembung di Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, pagi semalam.

Mangsa yang maut ditempatkan kejadian Siti Syuhada Abdul Aziz, 24 berasal dari Rancangan Tanah Felda Chiku 2, Gua Musang dan Hazimah Azman, 19, berasal dari Ampang Selangor meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM).

Mereka cedera parah pemandu kereta Honda City, Mohamad Hizwan Rusli, 24 berasal dari Sentul, Kuala Lumpur dan penumpang ibu Hazimah, Halimah Yacob, 58, manakala pemandu kereta Proton Persona, Muhammad Alif, 19, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.05 pagi kereta Proton Persona dipandu, Muhammad Alif bersama kakaknya Siti Syuhada dalam perjalanan dari Felda Chiku 2 menghala ke Gua Musang.

Beliau berkata, kereta Honda City yang dinaiki tiga sekeluarga itu pula dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kuala Krai dan bertembung di tempat kejadian kerana kereta
Honda dipandu Mohamad Hizwan cuba memotong kenderaan tidak melepasi.

Katanya, sebaik bertembung kereta Honda City itu terus terperosok ke tepi jalan sebelah kanan sebelum tersandar di dinding sebuah rumah penduduk di situ dalam keadaan terbalik.

“Kemalangan itu berlaku di kawasan selekoh menyebabkan keadaan kedua-dua kenderaan remuk sama sekali dan mangsa mendapat bantuan awal daripada orang ramai sebelum anggota bomba tiba,

Saiful Bahri berkata, mangsa yang parah dikejarkan ke HGM untuk menerima rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil manakala mayat mangsa pula dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Kedua-dua jenazah Siti Syuhada dan Hazimah dituntut keluarga petang semalam untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung masing-masing.

Sementara itu, suami Siti Syuhada, Wan Zahari Wan Ibrahim, 30 ketika ditemui di milik mayat HGM berkata, isterinya turun dari rumah jam 6.45 pagi untuk tempat kerja di Kilang Sawit Liziz di Kampung Kuala Betis.

Katanya, beliau juga bekerja di kilang yang sama tetap masuk kerja jam 4 petang terpaksa berehat di rumah sebelum menerima panggilan telefon mengenai kejadian kemalangan terbabit.

“Saya terkejut kerana hanya beberapa minit sahaja arwah bersama adik ipar yang bekerja di tempat sama berlaku kemalangan menyebabkan saya bergegas ke tempat kejadian.

“Sayu melihat jenazah arwah isteri yang parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, tetapi saya tetap bersyukur kepada Tuhan kerana Muhamad Alif hanya mengalami cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di HGM,” katanya.

No comments:

Post a Comment