Search This Blog

Monday, September 28, 2015

Dibelot rakan

 Agensi
Hong Kong: Seorang perogol fidofilia yang melarikan diri dari Britain sehari sebelum perbicaraannya kerana menyerang remaja bawah umur ditahan di Hong Kong semalam selepas masuk dalam perangkap polis.

Pekerja teknologi maklumat Joseph Tsang, 31, melarikan diri sejak pertengahan Ogos lalu dan ditahan pegawai Interpol selepas diumpan keluar dari persembunyian untuk menemui seorang remaja perempuan, Jumaat lalu.


Tsang - peluncur ais, malah pernah menyertai program televisyen Dancing On Ice - mendakwa melarikan diri dari Britain selepas menyamar sebagai wanita menggunakan pasport kakaknya, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai sistem keselamatan di Lapangan Terbang Heathrow.

Dia memberitahu rakan sekolahnya Alex O’Neill yang menetap di Hong Kong, bahawa dia dalam ketakutan, malah menutup mukanya dengan topi sepanjang penerbangan.

Tsang mula berbalas pesanan dalam Facebook dengan O’Neill dan teman wanitanya, Stephanie Velenzuela, sebaik melarikan diri.

Mereka kemudian melawat Tsang di tempat persembunyiannya sebelum memutuskan untuk menghubungi media Britain bagi mencari jalan untuk menangkapnya.

Perangkap disusun sebaik perintah ekstradisi diluluskan di Hong Kong dan Tsang diajak keluar untuk menemui seorang gadis oleh Stephanie sebelum terus ditahan polis.

Tsang didapati bersalah secara in absentia (tanpa kehadirannya) dalam prosiding di Britain atas kesalahan merogol gadis berusia 14 dan 15 tahun serta merakamkan gambar lucah kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:56 AM

TSANG (tengah) ditahan polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80718#sthash.C33rsnVv.dpuf

No comments:

Post a Comment