Search This Blog

Monday, September 21, 2015

Dia bagai duri dalam BN


NIZAM ZAIN
21 SEPTEMBER 2015Nazir Hussin Akhtar Hussin
Nazir Hussin Akhtar Hussin
SHAH ALAM – Tindakan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang, Chia Chow Hui yang memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaikan duri dalam daging kepada BN dan tindakan tegas perlu diambil ke atasnya.

Exco Pemuda Umno Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin menegaskan perbuatan Chow Hui itu boleh menjejaskan perpaduan dan kekuatan parti komponen dalam BN sambil menyifatkan beliau tidak menghormati konsensus dalam parti pemerintah itu.

“Saya kesal kerana beliau sepatutnya menggunakan saluran di dalam parti untuk menyatakan pendirian, bukannya membuat tindakan melulu melalui portal pro-pembangkang.

“Ini menunjukkan beliau sebenarnya tidak tahu adab dalam berparti dan tidak tahu menghormati institusi. BN tidak perlukan orang seperti ini! Sama ada dia perlu meletak jawatan atau dipecat dari parti (MCA),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Pemuda MCA Pasir Gudang itu memutuskan hubungan dengan Najib susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu kerana ia didakwa telah menghancurkan keharmonian kaum.

Dengan tindakan tersebut, semua anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun.

Dalam pada itu, Nazir Hussin juga mempersoalkan sikap pemuda MCA itu, seolah-olah beliau dilihat begitu hebat dan angkuh dengan kepimpinan BN itu.

“Apakah beliau tidak sedar bahawa kedudukan MCA dalam BN sekarang adalah kerana ihsan Datuk Seri Najib sebagai Pengerusi BN?

 “Sekiranya beliau mempunyai maruah dan tidak sealiran dengan konsesus di dalam BN, Pemuda Umno menyarakan agar beliau keluar sahaja daripada MCA.

Nazir Hussin selaku Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa berkata lagi, Chow Hui perlu mencerminkan diri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mencabar pucuk pimpinan BN.

 “Apakah beliau tidak sedar bahawa pada PRU12 dan PRU13 lalu, MCA tidak membantu apa-apa kepada BN, malahan lebih selesa menjadi penumpang atau ‘sleeping partner’ yang tidak memberi apa-apa sumbangan kepada parti.

 “Malah dalam realiti hari ini juga, MCA semakin ditolak oleh rakyat tetapi apakah yang dilakukan oleh Chow Hui ini untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada MCA dan seterusnya membantu kemenangan BN?” soalnya lagi.

No comments:

Post a Comment