Search This Blog

Monday, September 21, 2015

Cucu didakwa bunuh nenek



Maslizan (kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas didakwa membunuh neneknya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh neneknya pada awal bulan ini.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Maslizan Muhamad, 33, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut pertuduhan, Maslizan yang berasal dari Bandar Cheneh Baru, Kemaman didakwa membunuh Halimah Taib, 78, di hadapan sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud, Pengadang Buloh di sini pada pukul 9.30 pagi, 7 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3mMcO6VSw 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment