Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Bot karam: Terlampau lebih muatan

Hutan Melintang: Hasil siasatan awal dilakukan polis mendapati bot yang karam di perairan Sabak Bernam tiga hari lalu hanya boleh memuatkan 10 hingga 15 penumpang.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, jumlah itu jauh berbeza dengan jumlah muatan yang dibawa bot berkenaan sebelum karam iaitu antara 70 hingga 80 penumpang.
"Jumlah penumpang dianggarkan antara 70 hingga 80 penumpang berdasarkan siasatan dilakukan terhadap mangsa yang terselamat," katanya dalam sidang media di Jeti Ladang Sungai Bernam, di sini, pagi tadi.
Mohd Shuhaily berkata, kawasan pencarian operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam yang memasuki hari ketiga hari ini diperluaskan kepada 25 batu nautika dari lokasi kejadian sehinggalah ke muara Sungai Bernam.
Menurutnya, kawasan pencarian diperluaskan selepas penemuan sembilan mayat dan satu mangsa yang hidup semalam selepas operasi diperluaskan kepada 15 batu nautika dari lokasi kejadian.
"Jumlah setakat ini yang sudah ditemui ialah 44 orang iaitu 24 orang mangsa ditemui mati dan 20 hidup.
"Lima daripada 24 mayat mangsa yang ditemui sudah dikenalpasti identiti berdasarkan pengecaman waris di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala satu lagi mayat di Hospital Teluk Intan dikenal pasti menerusi penemuan identiti ," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 1:24 PM


Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75426#sthash.ISDzn15j.dpuf

No comments:

Post a Comment