Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Bot karam: Mayat ke-29 ditemui


Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

am@hmetro.com.my

Hutan Melintang: Satu lagi mayat mangsa bot karam ditemui kira-kira 5 petang tadi menjadikan jumlah yang terkorban akibat tragedi itu kini 29 orang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Shuhaily Mohd Zain berkata, mayat dipercayai seorang lelaki berdasarkan pakaiannya ditemui kira- kira 5 batu nautika dari lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritin Malaysia (APMM) yang sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat di sekitar kawasan itu.

"Pada hari ketiga operasi, lima mayat iaitu empat lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan ditemui.

"Mangsa yang selamat pula kekal pada 20 orang dan operasi untuk bot-bot kecil ditamatkan jam 7 malam tadi dan akan bersambung esok," ka

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 8:05 PM

No comments:

Post a Comment