Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Bot karam: 4 mayat termasuk kanak-kanak ditemui

Hutan Melintang: Empat lagi mayat mangsa bot karam termasuk seorang daripadanya kanak-kanak ditemui menjadikan jumlah yang terkorban akibat tragedi itu meningkat kepada 28 orang setakat ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, keempat-empat mayat yang semuanya lelaki itu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat antara 2 hingga 3 petang tadi.
Katanya, tiga mayat ditemui di kedudukan tiga batu nautika dari lokasi kejadian manakala mayat kanak-kanak pula ditemui 15 batu nautika dari pantai.
"Penemuan itu menjadikan jumlah mangsa yang terkorban 28 orang iaitu 19 wanita dan sembilan lelaki termasuk seorang kanak-kanak.
"Jumlah yang terselamat kekal 20 orang iaitu 19 lelaki dan seorang wanita," katanya pada sidang media di Jeti Ladang Sungai Bernam, petang tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:46 PM


Mayat yang ditemui petang tadi dibawa ke Jeti Ladang Sungai Bernam. FOTO Mohd Hafizee Mohd Arop
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75438#sthash.PxeZZ4KN.dpuf

No comments:

Post a Comment