Search This Blog

Wednesday, September 23, 2015

Berpantang maut sebelum ajal


Lelaki terselamat cermin kaca jatuh di hadapannya
23 September 2015 12:59 AM

RIYADH 22 Sept. - Berpantang maut sebelum ajal merupakan pepatah yang paling sesuai untuk menggambarkan nasib seorang lelaki Arab, yang nyaris terbunuh selepas sekeping cermin kaca jatuh betul-betul di hadapannya.
Mail Online melaporkan, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lelaki tersebut dilihat berjalan kaki berhampiran jalan raya yang sibuk, berkemungkinan besar pada waktu puncak di Arab Saudi, sebelum sekeping cermin kaca jatuh dari sebuah bangunan beberapa inci di hadapannya.
Melalui rakaman CCTV juga dapat dilihat, perbuatan lelaki yang tidak dikenali itu berkali-kali melihat tapak kasutnya telah mele­ngahkan sedikit masa untuk dia tiba di tempat kejadian.
Perbuatan itu berkemung­kinan besar telah menyelamatkan nyawanya.
Bagaimanapun, lelaki tersebut masih boleh berdiri dan tidak mengalami sebarang kecederaan selepas cermin kaca tersebut jatuh.
Lelaki itu kemudian beredar meninggalkan kawasan kejadian dalam keadaan terpinga-pinga dengan apa yang telah berlaku.
Sehingga kini, masih tidak ketahui sama ada cermin tersebut jatuh dari bangunan yang sedang menjalani kerja-kerja pembinaan di sekitar kawasan berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/berpantang-maut-sebelum-ajal-1.139253#sthash.aRb5dL9C.dpuf

No comments:

Post a Comment