Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, lelaki berumur 46 tahun tersebut ditahan bagi membantu siasatan terhadap laporan polis yang dibuat mangsa terhadap ugutan yang diterima pada bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Ahmad Taufik Abdullah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mendedahkan bentuk ugutan yang diterima mangsa sehingga siasatan selesai.
“Kita akan membuat siasatan secara menyeluruh kerana pada masa sama, pihak polis turut menerima beberapa aduan lain membabitkan bekas peguam tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Ahmad Taufik, siasatan awal mendapati peguam tersebut sudah dua tahun tidak memperbaharui lesennya dengan Majlis Peguam.
“Suspek akan direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat untuk membantu siasatan.
“Dia akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” ujarnya.