Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Anggota bomba maut kemalangan

Kuala Terengganu: Seorang anggota bomba maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas selepas melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Kilometer 343.4 Lebuh Raya Pantai Timur II (LPT2) di Dungun, petang tadi.
Dalam kejadian 2.40 petang itu, Mohd Fardaus Zolckply 26, meninggal dunia di Hospital Dungun, manakala Mohd Zairi Abdullah, 28, pula patah tangan.
Dua lagi anggota bomba, Mohd Hirman Omar, 35, dan Wan Mohd Ahlam Wan Ahmad, 26, tidak cedera.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mereka yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi, Pahang, dalam perjalanan ke Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang untuk menghadiri kursus.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Nissan Urvan dipandu Wan Mohd Ahlam hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik lalu melanggar pembahagi jalan.
"Kejadian itu menyebabkan Mohd Fardaus parah sebelum dia dan Mohd Zairi dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, Mohd Fardaus disahkan meninggal dunia kira-kira 6 petang tadi," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 9:45 PM


Mohd Faudaus meninggal dunia di Hospital Dungun selepas terbabit kemalangan petang tadi. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75448#sthash.84Hr9rWO.dpuf

No comments:

Post a Comment