Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

8 maut kapal pemancing karam di Korea

AHAD, 6 SEPTEMBER 2015 @ 11:26 AM

SEOUL: Sekurang-kurangnya lapan terkorban apabila sebuah kapal pemancing, karam di barat daya negara itu, kata pengawal pantai, hari ini. Kapal Dolphine seberat 9.77 tan itu dilaporkan hilang berhampiran pulau barat daya Chuja, malam tadi dan bangkainya ditemui di sebuah pulau berdekatan pagi ini. "Tiga disahkan selamat manakala lapan mayat ditemui setakat ini. Bagaimanapun, jumlah sebenar penumpang masih belum dikenal pasti," katanya. Pengawal pantai berkata, rekod penumpang awam menunjukkan 22 berada di atas kapal tetapi sekurang-kurangnya empat dalam senarai itu disahkan tidak menaikinya. Satu daripada tiga mangsa yang terselamat juga tiada dalam senarai itu, katanya, sambil menambah usaha pencarian membabitkan berpuluh kapal dan penyelam sedang dijalankan. Seorang mangsa yang terselamat, Park, berkata, kapal berkenaan karam dalam sekelip mata sebelum ramai penumpang dihanyutkan ombak kuat. "Saya sedang tidur apabila enjin bot tidak berfungsi dan kapten memberitahu kamu supaya keluar dan air mula memasuki kapal," kata lelaki berusia 38 tahun itu. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/79888

No comments:

Post a Comment