Search This Blog

Monday, September 21, 2015

500 Mat Rempit Ditahan Dalam Operasi Samseng


Diterbitkan: Ahad, 20 September 2015 2:04 PM
Gambar hiasan.

BUKIT MERTAJAM: Kira-kira 500 mat rempit ditahan dalam Operasi Samseng di Plaza Tol Juru, pagi Ahad.
Dalam operasi yang bermula pada pukul 1 pagi itu, setiap penunggang motosikal diperiksa atas pelbagai kesalahan trafik.
"Operasi tersebut bertujuan untuk membendung aktiviti lumba haram selain kegiatan jenayah di daerah Seberang Perai Tengah.
"Penunggang motosikal ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi.

No comments:

Post a Comment