Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

5 tabung derma dalam semak

Alor Gajah: Seorang suri rumah menemui lima tabung kutipan derma amal yang dibuang pihak tertentu di dalam kawasan semak di tepi jalan berhampiran rumahnya di Lendu di sini, kelmarin.
Norliza Bujang, 49, berkata, ketika kejadian, jam 4 petang itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah, namun berasa ada yang tidak kena selepas melihat kotak kayu dibuang di kawasan semak di tepi jalan berkenaan.
Kerana curiga dia melakukan pemeriksaan di kawasan semak itu sebelum menemui empat tabung didapati mempunyai kesan umpilan dipercayai untuk mengambil wang di dalamnya sebelum dibuang.
“Saya curiga dengan penemuan itu selepas membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan aktiviti pihak tertentu memungut derma secara tidak sah.
“Saya menghubungi anak bongsu untuk membantu mengumpulkan semua tabung ditemui. Tabung itu digunakan untuk mengutip sumbangan bagi disalurkan ke pusat tahfiz yang beralamat di negeri luar Melaka seperti Bota, Perak, Seremban, Negeri Sembilan, Butterworth, Pulau Pinang dan Yala di Thailand,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:28 AM


BAHARUDIN menunjukkan tabung derma yang ditemui dibuang di dalam semak.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75606#sthash.MR7c2iYi.dpuf

No comments:

Post a Comment