Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

32 lagi mayat ditemui

Hutan Melintang: Sehingga operasi mencari dan menyelamatkan ditangguhkan petang tadi, 32 lagi mayat mangsa bot karam berjaya ditemui dalam operasi memasuki hari keempat hari ini, menjadikan jumlah yang terkorban akibat tragedi itu meningkat kepada 61 orang setakat ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, daripada pecahan 32 mayat yang ditemui itu, 28 adalah lelaki dan selebihnya wanita.
Katanya, kesemua mayat ditemui lapan batu nautika dari lokasi kejadian selepas keluasan kawasan operasi dikecilkan daripada 1,000 kilometer persegi kepada 770 kilometer persegi.
"Penemuan itu menjadikan jumlah mangsa yang ditemui mati ialah seramai 61 orang iaitu 24 wanita termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan 37 lelaki.
"Jumlah yang terselamat kekal pada jumlah 20 orang iaitu 19 lelaki dan seorang wanita menjadikan jumlah keseluruhannya yang sudah ditemui ialah seramai 81 orang," katanya.
Ditanya sama ada operasi akan diteruskan selepas jumlah mangsa ditemui mencapai sasaran, Mohd Shuhaily berkata, operasi akan diteruskan sehingga tiada mangsa ditemui lagi sebelum perbincangan dilakukan untuk menamatkan operasi.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 8:17 PM


Anggota pasukan penyelamat memindahkan mayat mangsa bot karam ke darat di Perhentian Feri Ladang Sungai Bernam, hari ini. - Foto MUHAMMAD SULAIMAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75641#sthash.mxslmS0v.dpuf

No comments:

Post a Comment