Search This Blog

Monday, September 21, 2015

30 hari hilang tanpa jejak



PASUKAN keselamatan berdepan jalan buntu selepas 30 hari operasi SAR dilakukan, jejak tujuh murid Orang Asli masih belum ditemui di Pos Tohoi, Gua Musang semalam.


KOTA BHARU – Peluang untuk menemui tujuh murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang yang hilang di hutan dalam keadaan sihat dan selamat agak tipis selepas memasuki hari ke-30, hari ini (Isnin).
Pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asal Kelantan (JKOAK), Dendi Johari (gambar kecil) berkata, sukar untuk kanak-kanak berumur antara tujuh dan 11 tahun itu terus bertahan tanpa sebarang kelengkapan dan makanan walaupun mereka mempunyai kemahiran ikhtiar hidup dalam hutan.
“Hampir 29 hari mereka hilang tanpa sebarang jejak. Pada peringkat umur itu, sukar untuk mereka hidup dalam hutan. Malah, mustahil untuk kanak-kanak seperti mereka mampu berjalan jauh dalam hutan.
“Lebih-lebih lagi mereka meninggalkan sekolah tanpa membawa apa-apa. Berdasarkan maklumat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah melebihi 80 kilometer, namun sehingga kini tiada sebarang jejak mereka ditemui,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3mMc1Y6mn 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment