Search This Blog

Saturday, September 5, 2015

14 PATI kena cekup

Kuala Nerus: Jabatan Imigresen berjaya menahan 14 PATI dalam sekatan jalan raya yang diadakan di Kilometer 30 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Lingai, di sini, pagi tadi.
Kesemua yang ditahan dalam sekatan jalan raya bermula jam 10 malam hingga 2 pagi itu terdiri daripada sembilan warga Thailand termasuk dua wanita.
Turut ditahan dua lelaki warga Indonesia dan masing-masing seorang dari Vietnam, Myanmar dan Sri Lanka.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Terengganu Ahmad Salihin Salleh berkata, PATI terbabit berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Menurutnya, mereka itu dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan bas ekspres serta van selepas masuk ke negara ini menerusi sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 3:40 PM

No comments:

Post a Comment