Search This Blog

Saturday, August 15, 2015

Tiga sahabat maut kereta terbabas


Kereta yang dipandu Ahmad Amir terbabas dalam kemalangan di Kuala Terengganu-Kuala Berang semalam. - IHSAN DAILY TRAFFIC REPORT


MARANG – Tiga remaja maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan dalam kejadian di kilometer 12 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Dua di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, penumpang kereta tersebut, Mohamad Fairuz Rani, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Dua lagi rakannya, Ahmad Amir Fikri Abdul Nasir yang juga pemandu kereta itu dan Ahmad Hafiz Zaini@Ramli yang masing-masing berusia 20 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian kenderaan yang dinaiki empat sahabat itu dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuala Berang.
Katanya, kereta yang dipandu Ahmad Amir Fikri dipercayai terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tangga jejantas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3ipiw1ylQ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment