Search This Blog

Tuesday, August 25, 2015

Pramugari parah peti ais meletup dalam pesawat


25 Ogos 2015 1:07 AM

Peti sejuk di dalam pesawat Garuda Indonesia rosak teruk akibat letupan itu. - AGENSI

JAKARTA 24 Ogos – Seorang pramugari Garuda Indonesia cedera parah di muka apabila sebuah peti sejuk di dalam kapal terbang itu meletup secara tiba-tiba, dalam satu kejadian kelmarin.
Jurucakap Garuda Indonesia, Benny Butarbutar berkata, ketika kejadian, pesawat GA 717 itu sedang dalam penerbangan dari Melbourne ke Jakarta.
“Berlaku satu letupan kecil di ruangan dapur yang terletak di tengah badan pesawat, namun kejadian tidak menjejaskan penerbangan itu yang mendarat mengikut jadual penerbangan di Jakarta,’’ katanya, hari ini.
Butarbutar berkata, masih tidak jelas punca yang mengakibatkan letupan tersebut dan tiada penumpang yang cedera.
Katanya, pramugari bernama Ayu Marta cedera apabila letupan itu menghasilkan serpihan yang mengenai wajahnya.
Mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi selepas menjalani pembedahan.
Sementara itu, ABC International dalam laporannya yang dipetik METROTV.COM, sejumlah penumpang mendengar bunyi letupan kuat dari bahagian dapur di kelas bisnes pesawat.
“Bunyinya agak kuat. Beberapa makanan dan minuman turut bertaburan,’’ kata seorang penumpang yang enggan dikenali.– DPA/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pramugari-parah-peti-ais-meletup-dalam-pesawat-1.128239#sthash.hAYEfKK3.dpuf

No comments:

Post a Comment