Search This Blog

Saturday, August 15, 2015

Penjaga tokong terkenal dibunuh



ANGGOTA polis mengangkat mayat Siew Kee selepas mangsa ditemui berlumuran darah dipercayai dibunuh di Tokong Sam Poh Tong, Gunung Rapat, Ipoh kelmarin.


IPOH – Komiti Tokong Sam Poh Tong di Gunung Rapat di sini gempar apabila dikejutkan dengan pe­nemuan mayat seorang ahlinya yang berlumuran darah dipercayai dibunuh dengan objek tajam di rumah ibadat itu pukul 7.30 malam kelmarin.
Tokong yang terletak lima kilometer dari selatan bandar Ipoh itu merupakan tokong jenis gua terbesar dan terkenal di Malaysia.
Sudah lebih 20 tahun bertapak, ia menjadi tumpuan penganut agama Buddha seluruh negara bagi menjalankan upacara keagamaan tertentu.
Ho Siew Kee yang juga merupakan penjaga tokong itu ditemui oleh seorang komiti tokong itu ketika dia datang ke tokong itu untuk membuat persiapan sebuah upacara semalam.
Sebelum itu, saksi berkata, dia pada mulanya hairan apabila pintu tokong yang sepatutnya ditutup setiap hari pada pukul 3.30 petang masih terbuka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3ipkgY4wk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment