Seorang peniaga pasar malam dihukum penjara 17 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Perbuatan terkutuk seorang peniaga pasar malam merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun pada 2013 menerima padah apabila dia dihukum penjara selama 17 tahun dan 10 kali sebatan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh berusia 35 tahun selepas dia didapati bersalah apabila gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun lima bulan ketika kejadian di sebuah rumah di Melor di sini pada pukul 3 pagi 4 Mac 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3ijNgAWOu
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment